Sebagai permulaan cerita biarlah saya kenalkan lelaki ini. Nama sebenarnya saya sendiri tak pernah bertanya. Cuma dia membiasakan dirinya dengan panggilan Mamu Razak. Saya mula mengenali lelaki ini ketika saya mula mengikuti PPPJJ USM.Biasanya pada setiap hujung tahun Pelajar PPPJJ akan ke USM untuk mengikut PB, atau lebih dikenali sebagai Penilaian Berterusan. Pada waktu yang terluang saya dan isteri akan berkunjung ke pasar karat atau pasar kulit.Walaupun terdapat beberapa nama lain tetapi saya tidak berminat untuk mengingatinya.
Kisah bermula ketika saya melihat-lihat barang di tempatnya yang menjual pelbagai barangan antik.Biasanya setiap kali saya akan membeli barangan yang saya berkenan bergantung kepada kemampuan poketku .Pada hari itu saya tidak ada barangan yang menarik minatku.melihatkan keadaan ini beliau telah menyuruh aku pergi ke setor tempat simpanan barang-barangnya dengan ditemani pekerjanya.Saya mengambil beberapa barangan yang menarik perhatianku lalu menunjukkan kepadanya sambil bertanyakan harga.Biasalah adat membeli memang menawar.walaubagai manapun keinginan saya terbantut apabila poketku tidak mengizinkan.
Menyedari situasi ini , lelaki ini dengan penuh percaya berkata “ TAK PA HANG AMBIL DULU KALAU ADA DUIT BARU BAYAR, KALAU SALAH SEORANG MENINGGAL, SAYA HALALKAN DUNIA AKHIRAT” kata lelaki ini sambil memberikan nombor telefon tanpa no. akaun bank. Saya berpandangan dengan isteri saya. Walaupun pada mulanya saya agak keberatan dengan AkuJanji ini tetapi aku terima atas nama saling mempercayainya.Dalam hati saya berkata “ tidakah terfikir oleh lelaki ini kalau saya sengaja tak bayar ?”.Selang beberapa hari setelah gaji bulananku diterima saya berjumpa dengan lelaki ini dan melunaskannya.Sebelum balik lelaki ini memberikan dua barang sebagai cenderamata kepada saya dan isteri saya.
Pada 24 Oktober saya datang lagi untuk majlis konvokesyen setelah tamat pangajianku.kali ini saya datang dengan adik dan anak-anakku.seperti biasa saya akan berkunjung ke pasar kulit ini.Setelah mengenalkan diri lelaki ini masih mengingatiku. Kali ini tiada barangan yang menarik perhatianku.Pada ketika inilah lelaki ini telah memberikan kunci setornya tanpa di temani oleh pekerjanya.Pada fikiran saya “ Tidakkah lelaki ini bimbang kalau-kalau saya mengambil tanpa pengatahuannya ”.Inilah kepercayaan kedua lelaki ini terhadap saya.Apapun saya amat menghargai kepercayaan ini.
Sebelum pulang saya sempat membeli barang yang disebelahnya ( dalam gambar ), dengan harga yang istimewa. Bagi saya “ DALAM HIDUP INI KITA TIDAK BOLEH MEMBELI KEPERCAYAAN ORANG TERHADAP KITA..SEKALI ORANG PERCAYA KITA AKAN DIPERCAYAI BEGITU JUGA JIKA ORANG TIDAK PERCAYA MAKA SAMPAI BILA-BILAPUN ORANG TIDAK AKAN PERCAYA KEPADA KITA WALAUPUN KITA BERADA DIPIHAK YANG BENAR. ” terima Kasih mamu Razak atas kepercayaan ini.
Timbang ini tak dapat saya miliki kerana harganya RM1000++.Batang timbang ini diperbuat daripada gading yang menyebabkan harga boleh tahan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan