24 Jun 2012

Sekadar apa yang aku rasa

Sajakku di Harian Metro...( HARI INI AKU KEMBALI )

Pada 29 Mei 2012 mungkin hari yang agak menarik dalam hidupku.Bukan apa sangatlah tetapi kalau direnungkan kembali bagaikan ada keunikannya.Pada tarikh tersebut Aku telah datang ke UPSI untuk membentang proposel bagi program Sarjanaku. Pembentangan merupakan satu perkara yang perlu dilalui oleh setiap pelajar sarjana . Namun apa yang menarik ialah pada melam itu saya dan sahabat saya Roslan Mohamad yang sama-sama mengambil program dengan saya telah bermalam di rumah Prof Dr.Ishak Saat iaitu penyelia kami.Hal ini memandangkan masa pembentangan pada awal pagi dan perjalanan ke UPSI dari kampung agak jauh. Bimbang tergesa-gesa atau lewat maka penyelia kami pun mempelawa bermalam sahaja di rumah sewa beliau.Rumah sewa ini agak besar di kongsi oleh beberapa orang pensyarah yang lain namun mereka jarang ada bersama kerana kesibukan menjalankan tugas. Penguhi rumah ini digelar OBJ iaitu " Orang Bini Jauh " iaitu gelaran yang diberikan oleh mereka sendiri.Cuma di kawasan ini rangkaian talian komunikasi memang tak ada.

Pada pagi hari pembentangan Dr.Ishak mengajak kami sarapan pagi di kedai makan yang berhampiran.Oh ya! Sebelum itu, bersama kami juga ialah seorang pensyarah kontrak iaitu dr.Nabil iaitu  merupakan pensyarah kepada dr Ishak sendiri satu ketika dahulu.Dr. Nabil seorang yang banyak idea dan pandangan yang bernas.Pagi sesi pembentangan itu saya merupakan perbentang yang pertama .Sesi pembentangan tersebut dipengerusikan oleh Dr Adnan Jusuh iaitu penyelia saya yang kedua.Sebagai pembentangan pertama pastinya perasaan gugup dan gementar tetap ada. Namun alhamdulillah ketika sesi soal jawab perasaan itu telah reda sedikit demi sedikit.Saya rasa masa sayalah yang paling lama dikomen.Pengalaman ini amat menarik bagi saya, hal ini kerana semakin banyak komen semakin bertambah keyakinan saya. Alhamdulillah dengan sedikit perubahan dan penambah baikan proposel saya diterima dengan pindaan.Begitu juga denga dua orang sahabat saya Roslan dan Azura.


Prof Dr.Ishak bersama Roslan dan Azura....

Pada waktu malam ketika sampai di rumah saya keluar ke Banting Baru. Tujuannya hanyalah satu, surat khabar Harian Metro yang menjadi bahan bacaan saya setiap hari selasa. Bukan apa sangat, cuma pada hari tersebut terdapat ruangan sastera. Namun usaha saya pada malam itu tidak berhasil kerana kedai yang biasa menjual surat khabar telah tutup. Pada keesokkan pagi saya ke kedai Peking iaitu kedai menjual surat khabar di Pekan Banting.Biasanya di kedai ini masih lagi menyimpan surat khabar untuk dua tiga dari yang lepas. Selepas melihat ruangan sastera saya amat gembira kerana sajak yang saya hantar beberapa hari yang lepas telah tersiar. Menariknya sajak tersebut " HARI INI AKU KEMBALI " mengisahkan kembalinya aku ke UPSI sebagai seorang pelajar.Sebenarnya sajak tersebut saya tulis ketika mula-mula saya datang semula ke UPSI untuk bertemu dengan Prof. Dr. Ishak., pada Disember 2011 setelah hampir 17 tahun saya menginggalkan UPSI ( dahulu IPSI ).Memang banyak perubahan dan pastinya akan ada air mata yang berlinang apabila mengingatkan kenangan di Ibu Kandung Suluh Budiman ini.


Saya berdoa kepada Allah S.W.T moga usahaku kini dengan sokongan isteri , anak-anak ibu bapa dan kawan-kawan serta bantuan semua pihak terutama Prof Dr. Ishak dan Dr Adnan akan beroleh kejayaan. Insya Allah.....

12 Oktober 2011

Orang Putih...


Sering kali kita dengar orang berkata hidup ini satu perjalanan mencari sesuatu untuk menuju destinasi.Pastinya setiap orang mempunyai keinginan untuk merasai sesuatu dalam hidup ini.Begitu jugalah dengan lelaki warga Amerika ini yang aku kenali ketika berada di pasar karat berhampiran Stadium Bandaraya Pulau Pinang.perbualan ringkas antara aku dengan lelaki ini, memberitahu bahawa dia telah lama menjelajah ke seluruh dunia, dan Malaysia adalah antara negara yang paling menarik terutama dari segi makanan.Dia memberitahu keputusan untuk mengembara setelah berpisah dengan isterinya manakala anak-anaknya seramai dua orang telahpun berkehidupan sendiri.Wang pencen bekerja sebagai pemandu pelancong di negaranya digunakan untuk erbelanjaan sepanjang perjalanannya..


Sesuatu  yang menari tentang lelaki ini ialah di tangan dan basikalnya terdapat Bendera Jalur Gemilang bersaiz kecil...Persoalannya seandainya kita di negara mereka adakah kita akan sebebas dan selamat seperti lelaki ini walau ke mana kita pergi.
Melayan keinginan anak-anak untuk menaiki feri merentasi selat melaka ketika perjalanan pulang ke rumah.Mungkin juga ada orang Penang yang tidak pernah menaiki feri.
TIDAK MUSTAHIL he he he....

05 Oktober 2011

Nilai sebuah kepercayaan...








Sebagai permulaan cerita biarlah saya kenalkan lelaki ini. Nama sebenarnya saya sendiri tak pernah bertanya. Cuma dia membiasakan dirinya dengan panggilan Mamu Razak. Saya mula mengenali lelaki ini ketika saya mula mengikuti PPPJJ USM.Biasanya pada setiap hujung tahun Pelajar PPPJJ akan ke USM untuk mengikut PB, atau lebih dikenali sebagai Penilaian Berterusan. Pada waktu yang terluang saya dan isteri akan berkunjung ke pasar karat atau pasar kulit.Walaupun terdapat beberapa nama lain tetapi saya tidak berminat untuk mengingatinya.

Kisah bermula ketika saya melihat-lihat barang di tempatnya yang menjual pelbagai barangan antik.Biasanya setiap kali saya akan membeli barangan yang saya berkenan bergantung kepada kemampuan poketku .Pada hari itu saya tidak ada barangan yang menarik minatku.melihatkan keadaan ini beliau telah menyuruh aku pergi ke setor tempat simpanan barang-barangnya dengan ditemani pekerjanya.Saya mengambil beberapa barangan yang menarik perhatianku lalu menunjukkan kepadanya sambil bertanyakan harga.Biasalah adat membeli memang menawar.walaubagai manapun keinginan saya terbantut apabila poketku tidak mengizinkan.

Menyedari situasi ini , lelaki ini dengan penuh percaya berkata “ TAK PA HANG AMBIL DULU KALAU ADA DUIT BARU BAYAR, KALAU SALAH SEORANG MENINGGAL, SAYA HALALKAN DUNIA AKHIRAT” kata lelaki ini sambil memberikan nombor telefon tanpa no. akaun bank. Saya berpandangan dengan isteri saya. Walaupun pada mulanya saya agak keberatan dengan AkuJanji ini tetapi aku terima atas nama saling mempercayainya.Dalam hati saya berkata “ tidakah terfikir oleh lelaki ini kalau saya sengaja tak bayar ?”.Selang beberapa hari setelah gaji bulananku diterima saya berjumpa dengan lelaki ini dan melunaskannya.Sebelum balik lelaki ini memberikan dua barang sebagai cenderamata kepada saya dan isteri saya.

Pada 24 Oktober saya datang lagi untuk majlis konvokesyen setelah tamat pangajianku.kali ini saya datang dengan adik dan anak-anakku.seperti biasa saya akan berkunjung ke pasar kulit ini.Setelah mengenalkan diri lelaki ini masih mengingatiku. Kali ini tiada barangan yang menarik perhatianku.Pada ketika inilah lelaki ini telah memberikan kunci setornya tanpa di temani oleh pekerjanya.Pada fikiran saya “ Tidakkah lelaki ini bimbang kalau-kalau saya mengambil tanpa pengatahuannya ”.Inilah kepercayaan kedua lelaki ini terhadap saya.Apapun saya amat menghargai kepercayaan ini.

Sebelum pulang saya sempat membeli barang yang disebelahnya ( dalam gambar ), dengan harga yang istimewa. Bagi saya “ DALAM HIDUP INI KITA TIDAK BOLEH MEMBELI KEPERCAYAAN ORANG TERHADAP KITA..SEKALI ORANG PERCAYA KITA AKAN DIPERCAYAI BEGITU JUGA JIKA ORANG TIDAK PERCAYA MAKA SAMPAI BILA-BILAPUN ORANG TIDAK AKAN PERCAYA KEPADA KITA WALAUPUN KITA BERADA DIPIHAK YANG BENAR. ” terima Kasih mamu Razak atas kepercayaan ini.






Timbang ini tak dapat saya miliki kerana harganya RM1000++.Batang timbang ini diperbuat daripada gading yang menyebabkan harga boleh tahan...

16 September 2011









Sajakku di Harian Metro
Keluaran 14 Jun 2011 hari selasa

Satu malam ketika aku menuruni tangga surau setelah menunaikan solat Terawikh,Imam yang mengimami solat telah memberitahuku bahawa sajakku telah tersiar dalam Harian Metro.Aku sebenarnya telah lupa akan sajak ini.Apapun aku gembira dengan situasi ini...bagiku ini adalah satu permulaan yang baik...

31 Disember 2010

Kenangan 2010 ( Sajak Ku )












Naib Johan Pertandingan Mencipta Sajak Sempena Bulan Kemerdekaan ke -53.
Anjuran PPD Kuala Langat dan DBP dengan kerjasama Yayasan Bestari Kuala Langat dan Persatuan Penulis-Penulis Selangor.





Gema Suara Merdeka
( Renungan Buat Anak Bangsa )

Gema itu kembali memuncak pada detik 31 0gos
mengangkat martabat jiwa perkasa
bangun bersatu
merencana wawasan gemilang bangsa 

Di sini kita bersatu .
merenung menghayati
pengorbanan yang tiada ternilai
para pejuang terbilang
para wira syahid yang terus didendang

Detik dahulu…pertiwi kita dipalit arang
oleh pejajah asing yang rakus bukan kepalang
merentap jiwa merpati nenek moyang

Tok Janggut,Rentap,Tok Bahaman,Tok Sagor,Maharaja Lela,Dol Said
mereka berjuang untuk kita dan akan datang
usungan keranda nama-nama terbilang
yang tak sanggup  untuk dikenang..
Pada kita tergalas segunung harapan
tertunggak segala janji
yang belum tertunai di benak hati
ayuh, lakarkan satu realiti
merdeka kita sejati dan abadi…

Ingatan itu kembali bertandang
mari kita terus berdendang
suara keramat pejuang terbilang
harum mewangi subur dikenang

53 tahun suara Ogos kembali bergema
menuntut  anjakan keagungan negara bangsa
kita benam alpa sengketa
kita lontarkan jiwa yang derita
merdeka kita bukan  mudah
jiwa dan harta kita serah
meja bulat bukan untuk bermadah
simpulan bicara janji sumpah setia
Duhai bangsaku, mari…mari
mari kita pertahankan keriangan merpati
kita usir awan hitam memayungi bumi
kita bina tamadun  acuan sendiri
agar  esok kita tidak dijajah lagi
pasti anak kita akan terus menghargai
keriangan merpati dan 31 Ogos tak kan sepi
dengan  gema suara Merdeka.
Merdeka...Merdeka… Merdeka…

Nukilan : Al-Aminamaya / al_amin22971@yahoo.com.my

Tahun 2010...Kejayaan yang tidak kuduga


Hadiah Tempat Ketiga Menulis Cerita Kanak-Kanak
Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Selangor
Tajuk Carita: SEGENGGAM HARAPAN

28 Disember 2010

Sebuah Langkah Permulaan



Permulaan bicara dari saya......
Hidup adalah sebuah perjuangan mencari destinasi yang amat pasti, namun sepanjang perjalanan pasti kita akan temui rencah dan rentak tari kehidupan yang akan menghiasi serta mengiringi sepanjang perjalanan ini...walaupun matlamat kita sering kali berbeza tapi pengakhiran kita tetap sama iaitu menemui ilahi.........