24 Jun 2012

Sekadar apa yang aku rasa

Sajakku di Harian Metro...( HARI INI AKU KEMBALI )

Pada 29 Mei 2012 mungkin hari yang agak menarik dalam hidupku.Bukan apa sangatlah tetapi kalau direnungkan kembali bagaikan ada keunikannya.Pada tarikh tersebut Aku telah datang ke UPSI untuk membentang proposel bagi program Sarjanaku. Pembentangan merupakan satu perkara yang perlu dilalui oleh setiap pelajar sarjana . Namun apa yang menarik ialah pada melam itu saya dan sahabat saya Roslan Mohamad yang sama-sama mengambil program dengan saya telah bermalam di rumah Prof Dr.Ishak Saat iaitu penyelia kami.Hal ini memandangkan masa pembentangan pada awal pagi dan perjalanan ke UPSI dari kampung agak jauh. Bimbang tergesa-gesa atau lewat maka penyelia kami pun mempelawa bermalam sahaja di rumah sewa beliau.Rumah sewa ini agak besar di kongsi oleh beberapa orang pensyarah yang lain namun mereka jarang ada bersama kerana kesibukan menjalankan tugas. Penguhi rumah ini digelar OBJ iaitu " Orang Bini Jauh " iaitu gelaran yang diberikan oleh mereka sendiri.Cuma di kawasan ini rangkaian talian komunikasi memang tak ada.

Pada pagi hari pembentangan Dr.Ishak mengajak kami sarapan pagi di kedai makan yang berhampiran.Oh ya! Sebelum itu, bersama kami juga ialah seorang pensyarah kontrak iaitu dr.Nabil iaitu  merupakan pensyarah kepada dr Ishak sendiri satu ketika dahulu.Dr. Nabil seorang yang banyak idea dan pandangan yang bernas.Pagi sesi pembentangan itu saya merupakan perbentang yang pertama .Sesi pembentangan tersebut dipengerusikan oleh Dr Adnan Jusuh iaitu penyelia saya yang kedua.Sebagai pembentangan pertama pastinya perasaan gugup dan gementar tetap ada. Namun alhamdulillah ketika sesi soal jawab perasaan itu telah reda sedikit demi sedikit.Saya rasa masa sayalah yang paling lama dikomen.Pengalaman ini amat menarik bagi saya, hal ini kerana semakin banyak komen semakin bertambah keyakinan saya. Alhamdulillah dengan sedikit perubahan dan penambah baikan proposel saya diterima dengan pindaan.Begitu juga denga dua orang sahabat saya Roslan dan Azura.


Prof Dr.Ishak bersama Roslan dan Azura....

Pada waktu malam ketika sampai di rumah saya keluar ke Banting Baru. Tujuannya hanyalah satu, surat khabar Harian Metro yang menjadi bahan bacaan saya setiap hari selasa. Bukan apa sangat, cuma pada hari tersebut terdapat ruangan sastera. Namun usaha saya pada malam itu tidak berhasil kerana kedai yang biasa menjual surat khabar telah tutup. Pada keesokkan pagi saya ke kedai Peking iaitu kedai menjual surat khabar di Pekan Banting.Biasanya di kedai ini masih lagi menyimpan surat khabar untuk dua tiga dari yang lepas. Selepas melihat ruangan sastera saya amat gembira kerana sajak yang saya hantar beberapa hari yang lepas telah tersiar. Menariknya sajak tersebut " HARI INI AKU KEMBALI " mengisahkan kembalinya aku ke UPSI sebagai seorang pelajar.Sebenarnya sajak tersebut saya tulis ketika mula-mula saya datang semula ke UPSI untuk bertemu dengan Prof. Dr. Ishak., pada Disember 2011 setelah hampir 17 tahun saya menginggalkan UPSI ( dahulu IPSI ).Memang banyak perubahan dan pastinya akan ada air mata yang berlinang apabila mengingatkan kenangan di Ibu Kandung Suluh Budiman ini.


Saya berdoa kepada Allah S.W.T moga usahaku kini dengan sokongan isteri , anak-anak ibu bapa dan kawan-kawan serta bantuan semua pihak terutama Prof Dr. Ishak dan Dr Adnan akan beroleh kejayaan. Insya Allah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan