27 Ogos 2019

Bismilahh hirrahmanirahim...
Demi masa... hari ini selasa 27 Ogos 2019...

KEMAAFAN JALAN TERINDAH KEPADA KESILAPAN.

Sebuah perjalanan kehidupan seorang manusia sememangnya telah ditentukan oleh ALLAH SWT. Takdir orang lain juga adakalanya kita akan terkena tempiasnya. Namun Allah maha kaya, kita sebagai seorang ketua sering diuji dengan pelbagai masalah isu dan situasi. ,mungkin itulah ujian kita sebagai seorang ketua pentadbir.

Melaluinya kita dapat mengenal pasti tabiat manusia yang sering menjelma menjadi minyak ketika api sedang marak, dan jarang kita berjumpa manusia yang menjadi air untuk membantu memadamkan api kemarahan. hati manusia memang ada pelbagai naluri...dan tuhan akan menilai bagaimana akal manusia itu mengawal naluri hatinya.

Benarlah kata orang kemaafan adalah jalan terbaik kepada sebuah kesilapan, walaupun tiadak mampu mengubah sebuah terkdir yang telah tertulis. pun begitu kesalahan dan kesilapan menjadi sempadan agar tidak berulang.

agar tidak dituduh sebagai manusia yang menyembunyikan maklumat, kena jugalak maklumkan kepada bos besar.

Alhamdulillah...
ketika ini catatan ini ditulis...



ada insan membawa rezeki...

walaupun banyak lagi yang nak saya tulis untuk hari ini tapi cukuplah untuk kali ini.

21 Ogos 2019

bismillahhirahmanirrahim....segala puji bagi Allah Tuhan semester alam...



kenangan masa lalu sayu rasanya untuk dikenang kembali.Di saat itu anak-anak sedang  mula membesar..melihat anak-anak membesar di depan mata. hanya gambar yang mengubat rindunya pada masa lalu...

ku buka semula

lama tak buka blog ni

24 Jun 2012

Sekadar apa yang aku rasa

Sajakku di Harian Metro...( HARI INI AKU KEMBALI )

Pada 29 Mei 2012 mungkin hari yang agak menarik dalam hidupku.Bukan apa sangatlah tetapi kalau direnungkan kembali bagaikan ada keunikannya.Pada tarikh tersebut Aku telah datang ke UPSI untuk membentang proposel bagi program Sarjanaku. Pembentangan merupakan satu perkara yang perlu dilalui oleh setiap pelajar sarjana . Namun apa yang menarik ialah pada melam itu saya dan sahabat saya Roslan Mohamad yang sama-sama mengambil program dengan saya telah bermalam di rumah Prof Dr.Ishak Saat iaitu penyelia kami.Hal ini memandangkan masa pembentangan pada awal pagi dan perjalanan ke UPSI dari kampung agak jauh. Bimbang tergesa-gesa atau lewat maka penyelia kami pun mempelawa bermalam sahaja di rumah sewa beliau.Rumah sewa ini agak besar di kongsi oleh beberapa orang pensyarah yang lain namun mereka jarang ada bersama kerana kesibukan menjalankan tugas. Penguhi rumah ini digelar OBJ iaitu " Orang Bini Jauh " iaitu gelaran yang diberikan oleh mereka sendiri.Cuma di kawasan ini rangkaian talian komunikasi memang tak ada.

Pada pagi hari pembentangan Dr.Ishak mengajak kami sarapan pagi di kedai makan yang berhampiran.Oh ya! Sebelum itu, bersama kami juga ialah seorang pensyarah kontrak iaitu dr.Nabil iaitu  merupakan pensyarah kepada dr Ishak sendiri satu ketika dahulu.Dr. Nabil seorang yang banyak idea dan pandangan yang bernas.Pagi sesi pembentangan itu saya merupakan perbentang yang pertama .Sesi pembentangan tersebut dipengerusikan oleh Dr Adnan Jusuh iaitu penyelia saya yang kedua.Sebagai pembentangan pertama pastinya perasaan gugup dan gementar tetap ada. Namun alhamdulillah ketika sesi soal jawab perasaan itu telah reda sedikit demi sedikit.Saya rasa masa sayalah yang paling lama dikomen.Pengalaman ini amat menarik bagi saya, hal ini kerana semakin banyak komen semakin bertambah keyakinan saya. Alhamdulillah dengan sedikit perubahan dan penambah baikan proposel saya diterima dengan pindaan.Begitu juga denga dua orang sahabat saya Roslan dan Azura.


Prof Dr.Ishak bersama Roslan dan Azura....

Pada waktu malam ketika sampai di rumah saya keluar ke Banting Baru. Tujuannya hanyalah satu, surat khabar Harian Metro yang menjadi bahan bacaan saya setiap hari selasa. Bukan apa sangat, cuma pada hari tersebut terdapat ruangan sastera. Namun usaha saya pada malam itu tidak berhasil kerana kedai yang biasa menjual surat khabar telah tutup. Pada keesokkan pagi saya ke kedai Peking iaitu kedai menjual surat khabar di Pekan Banting.Biasanya di kedai ini masih lagi menyimpan surat khabar untuk dua tiga dari yang lepas. Selepas melihat ruangan sastera saya amat gembira kerana sajak yang saya hantar beberapa hari yang lepas telah tersiar. Menariknya sajak tersebut " HARI INI AKU KEMBALI " mengisahkan kembalinya aku ke UPSI sebagai seorang pelajar.Sebenarnya sajak tersebut saya tulis ketika mula-mula saya datang semula ke UPSI untuk bertemu dengan Prof. Dr. Ishak., pada Disember 2011 setelah hampir 17 tahun saya menginggalkan UPSI ( dahulu IPSI ).Memang banyak perubahan dan pastinya akan ada air mata yang berlinang apabila mengingatkan kenangan di Ibu Kandung Suluh Budiman ini.


Saya berdoa kepada Allah S.W.T moga usahaku kini dengan sokongan isteri , anak-anak ibu bapa dan kawan-kawan serta bantuan semua pihak terutama Prof Dr. Ishak dan Dr Adnan akan beroleh kejayaan. Insya Allah.....

12 Oktober 2011

Orang Putih...


Sering kali kita dengar orang berkata hidup ini satu perjalanan mencari sesuatu untuk menuju destinasi.Pastinya setiap orang mempunyai keinginan untuk merasai sesuatu dalam hidup ini.Begitu jugalah dengan lelaki warga Amerika ini yang aku kenali ketika berada di pasar karat berhampiran Stadium Bandaraya Pulau Pinang.perbualan ringkas antara aku dengan lelaki ini, memberitahu bahawa dia telah lama menjelajah ke seluruh dunia, dan Malaysia adalah antara negara yang paling menarik terutama dari segi makanan.Dia memberitahu keputusan untuk mengembara setelah berpisah dengan isterinya manakala anak-anaknya seramai dua orang telahpun berkehidupan sendiri.Wang pencen bekerja sebagai pemandu pelancong di negaranya digunakan untuk erbelanjaan sepanjang perjalanannya..


Sesuatu  yang menari tentang lelaki ini ialah di tangan dan basikalnya terdapat Bendera Jalur Gemilang bersaiz kecil...Persoalannya seandainya kita di negara mereka adakah kita akan sebebas dan selamat seperti lelaki ini walau ke mana kita pergi.
Melayan keinginan anak-anak untuk menaiki feri merentasi selat melaka ketika perjalanan pulang ke rumah.Mungkin juga ada orang Penang yang tidak pernah menaiki feri.
TIDAK MUSTAHIL he he he....

05 Oktober 2011

Nilai sebuah kepercayaan...








Sebagai permulaan cerita biarlah saya kenalkan lelaki ini. Nama sebenarnya saya sendiri tak pernah bertanya. Cuma dia membiasakan dirinya dengan panggilan Mamu Razak. Saya mula mengenali lelaki ini ketika saya mula mengikuti PPPJJ USM.Biasanya pada setiap hujung tahun Pelajar PPPJJ akan ke USM untuk mengikut PB, atau lebih dikenali sebagai Penilaian Berterusan. Pada waktu yang terluang saya dan isteri akan berkunjung ke pasar karat atau pasar kulit.Walaupun terdapat beberapa nama lain tetapi saya tidak berminat untuk mengingatinya.

Kisah bermula ketika saya melihat-lihat barang di tempatnya yang menjual pelbagai barangan antik.Biasanya setiap kali saya akan membeli barangan yang saya berkenan bergantung kepada kemampuan poketku .Pada hari itu saya tidak ada barangan yang menarik minatku.melihatkan keadaan ini beliau telah menyuruh aku pergi ke setor tempat simpanan barang-barangnya dengan ditemani pekerjanya.Saya mengambil beberapa barangan yang menarik perhatianku lalu menunjukkan kepadanya sambil bertanyakan harga.Biasalah adat membeli memang menawar.walaubagai manapun keinginan saya terbantut apabila poketku tidak mengizinkan.

Menyedari situasi ini , lelaki ini dengan penuh percaya berkata “ TAK PA HANG AMBIL DULU KALAU ADA DUIT BARU BAYAR, KALAU SALAH SEORANG MENINGGAL, SAYA HALALKAN DUNIA AKHIRAT” kata lelaki ini sambil memberikan nombor telefon tanpa no. akaun bank. Saya berpandangan dengan isteri saya. Walaupun pada mulanya saya agak keberatan dengan AkuJanji ini tetapi aku terima atas nama saling mempercayainya.Dalam hati saya berkata “ tidakah terfikir oleh lelaki ini kalau saya sengaja tak bayar ?”.Selang beberapa hari setelah gaji bulananku diterima saya berjumpa dengan lelaki ini dan melunaskannya.Sebelum balik lelaki ini memberikan dua barang sebagai cenderamata kepada saya dan isteri saya.

Pada 24 Oktober saya datang lagi untuk majlis konvokesyen setelah tamat pangajianku.kali ini saya datang dengan adik dan anak-anakku.seperti biasa saya akan berkunjung ke pasar kulit ini.Setelah mengenalkan diri lelaki ini masih mengingatiku. Kali ini tiada barangan yang menarik perhatianku.Pada ketika inilah lelaki ini telah memberikan kunci setornya tanpa di temani oleh pekerjanya.Pada fikiran saya “ Tidakkah lelaki ini bimbang kalau-kalau saya mengambil tanpa pengatahuannya ”.Inilah kepercayaan kedua lelaki ini terhadap saya.Apapun saya amat menghargai kepercayaan ini.

Sebelum pulang saya sempat membeli barang yang disebelahnya ( dalam gambar ), dengan harga yang istimewa. Bagi saya “ DALAM HIDUP INI KITA TIDAK BOLEH MEMBELI KEPERCAYAAN ORANG TERHADAP KITA..SEKALI ORANG PERCAYA KITA AKAN DIPERCAYAI BEGITU JUGA JIKA ORANG TIDAK PERCAYA MAKA SAMPAI BILA-BILAPUN ORANG TIDAK AKAN PERCAYA KEPADA KITA WALAUPUN KITA BERADA DIPIHAK YANG BENAR. ” terima Kasih mamu Razak atas kepercayaan ini.






Timbang ini tak dapat saya miliki kerana harganya RM1000++.Batang timbang ini diperbuat daripada gading yang menyebabkan harga boleh tahan...

16 September 2011









Sajakku di Harian Metro
Keluaran 14 Jun 2011 hari selasa

Satu malam ketika aku menuruni tangga surau setelah menunaikan solat Terawikh,Imam yang mengimami solat telah memberitahuku bahawa sajakku telah tersiar dalam Harian Metro.Aku sebenarnya telah lupa akan sajak ini.Apapun aku gembira dengan situasi ini...bagiku ini adalah satu permulaan yang baik...